takaful islam

Wednesday, May 18, 2005

Pelan TN Mesra

Pelan TN Mesra

PENGENALAN

Merupakan pelan takaful keluarga yang menwarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur diantara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil
MANFAAT ASAS

1. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

2. Keilatan Kekal Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun)

i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapat upah, pampasan atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

ii. Hilang keseluruhan peglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan, atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan legan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai


3. Kematian
Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan.


CIRI - CIRI PELAN

Perlindungan dan simpanan

Perlindungan boleh disertai seawal umur 6 bulan

Penyertaan boleh bermula selewatnya umur 60 tahun

Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga 65 tahun

Peruntukan Bukan Lucuthak melalui sumbangan Otomatik (Non forfeit Option Automatic Contribution )

Tiada Lien untuk Juvana

Berkuatkuasa serta merta bagi yang layak dan luput pada usia 65 tahun atau matangnya sijil

Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh boleh dilanjutkan kepada Juvana


PERATURAN PENGUNDERAITAN
Had Umur Penyertaan Minimum 6 bulan (Tarikh lahir akan datang)
Maksimum 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)
Tempoh Sijil Minimum 5 tahun
Maksimum 79 tahun
Umur matang maksimum 80 tahun
Tempoh sumbangan Selaras dengan tempoh sijil
Amaun Sumbangan Minimum RM600 setahun
Maksimum Tiada Had

Perlindungan maksimum Dewasa – Tertakluk kepada pengunderaaitan
Juvana - RM 200,000 Jumlah keseluruhan temasuk pelan asas dan rider bertempoh sahaja.
Aliran Sumbangan
Tahun Akaun Peserta Akaun Khas Peserta
1 0 100
2 10 90
3 50 50
4 keatas 75 25

Nilai Tunai Sijil Jumlah Akaun Peserta Terkumpul
Lat Sumbangan Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT
Meninggal dunia i. Manfaat kematian Biasa
Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akuan Peserta

ii. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sama seperti kematian biasa

Manfaat Keilatan Menyeluruh i. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Keilatan Kekal % dari Jumlah Perlindungan
Tahun Pertama 10 % dari Amaun Perlindungan + jumlah Akaun Peserta
Tahun Kedua 10 % dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga 10 % dari Amaun Perlindungan
Tahun Keempat 10 % dari Amaun Perlindungan
Tahun Kelima 60 % dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)
Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa.

iii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa (Selepas umur 65 tahun)
Tiada Manfaat dibayar
Manfaat Kematangan Akuan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta

RIDER TAMBAHAN
1 Rider Bertempoh
Term Rider
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 60 tahun) dan juvana (6 bulan – 17 tahun)

2 Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit (ADDB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 Tahun) dan Juvana (6 bulan – 17 tahun )

3 Manfaat Indeminiti Kemalangan
Accidental Indeminity Rider (AIR)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja

4 Manfaat Hospital
Hospital Benefit (HB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja dan Juvana (6 bulan – 17 tahun)

5 Penyakit Kritikal
Critical Ilness (CI)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja

6 Menfaat Pembayar untuk Pelan Juvana
Payor Benefit for juvenile (PB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja


Sumber maklumat : Manual Perunding Takaful Keluarga

0 Comments:

Post a Comment

<< Home