takaful islam

Wednesday, May 18, 2005

Pelan TN Warisan

Pelan TN Warisan

PENGENALAN
Merupakan pelan takaful keluarga yang mempunyai kelebihan dari segi perlindungan dan simpanan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur diantara 6 bulan sehingga 55 tahun
Pelan ini memberikan perlindungan jangka panjang sehingga ke usia 88 tahun dimana peserta mempunyai pilihan tempoh sumbangan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun
MANFAAT ASAS

1. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

2 Keilatan Kekal Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun)
i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapat upah, pampasan atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

ii. Hilang keseluruhan peglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan, atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilan hilang/putus keseluruhan legan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai


3 Kematian
Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan.


CIRI - CIRI PELAN

Perlindungan dan simpanan

Perlindungan jangka panjang sehingga umur 88 tahun

Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga 65 tahun

Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan Otomatik (Non forfeit Option Automatic Contribution)

3 pilihan tempoh sumbangan sehingga umur 55, 60 & 65 tahun

Tiada Lien untuk Juvana

Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh boleh dilanjutkan kepada Juvana


PERATURAN PENGUNDERAITAN
Had Umur Penyertaan Minimum 6 bulan (Tarikh lahir akan datang)
Maksimum 55 tahun (Tarikh lahir akan datang)

Tempoh Sijil Minimum 33 tahun
Maksimum 87 tahun

Umur matang maksimum 88 tahun

Tempoh Sumbangan Minimum 10 tahun
Maksimum 64 tahun

Amaun Sumbangan Minimum RM50 sebulan
Maksimum Tiada had

Perlindungan minimum RM 10,000
Perlindungan Maksimum Dewasa – Tertakluk kepada pengunderaitan
Juvana - RM 200,000 Jumlah keseluruhan semua pelan asas dan rider bertempoh sahaja
Aliran Sumbangan Tahun Akaun Peserta
% Akaun Khas Peserta
%
1 0 100
2 10 90
3 50 50
4 keatas 75 25

Nilai Tunai Sijil Jumlah Akaun Peserta Terkumpul
Lat Sumbangan Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT
Meninggal dunia i. Manfaat kematian Biasa
Amaun Perlinduangan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta

ii. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sama seperti kematian biasa

Manfaat Keilatan Menyeluruh i. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Keilatan Kekal % dari Jumlah Perlindungan
Tahun Pertama 20 % dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akuan Peserta
Tahun Kedua 40 % dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga 40 % dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)
Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa.

iii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa (Selepas umur 65 tahun)
Tiada Manfaat dibayar
Manfaat Kematangan Akuan Peserta + Mudharabah dari akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta


RIDER TAMBAHAN
1 Rider Bertempoh
Term Rider
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 60 tahun) dan juvana (6 bulan – 17 tahun)

2 Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit (ADDB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 Tahun) dan Juvana (6 bulan – 17 tahun )

3 Manfaat Indeminiti Kemalangan
Accidental Indeminity Rider (AIR)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja

4 Manfaat Hospital
Hospital Benefit (HB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja dan Juvana (6bulan – 17 tahun)

5 Penyakit Kritikal
Critical Ilness (CI)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja

6 Menfaat Pembayar untuk Pelan Juvana
Payor Benefit for juvenile (PB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18 – 55 tahun) sahaja

0 Comments:

Post a Comment

<< Home