takaful islam

Wednesday, May 18, 2005

Rider Bertempoh

Rider Bertempoh
Term Rider

PENGENALAN

Rider ini memberi manfaat tambahan kepada mana-mana pelan Takaful Keluarga selagi Pelan Asas tersebut masih lagi berkuatkuasa

Apabila peserta meninggal dunia, penama atau pewaris akan dibayar jumlah Pelan Asas termasuk manfaat daripada rider ini.

Sekiranya peserta mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat kecederaan atau penyakit, Syarikat akan membayar yang berikut, tertakluk kepada peruntukan.Bayaran Pendahuluan

1. Bayaran Pendahuluan

Jumlah perlindungan akan dibayar secara pendahuluan sebanyak lima kali. Untuk setiap sebulan dalam empat bulan pertama adalah 10 % manakala 60% untuk bulan kelima. Bayaran akan dibuat pada setiap Tarikh ulangtahun Kontrak selepas tarikh berlakunya Keilatan.

Bayaran Pendahuluan tersebut akan hanya dibuat apabila Kontrak dihasilkan untuk endosmen, dan jumlah Perlindungan akan dikurangkan dengan jumlah mana-mana Bayaran Pendahuluan yang dibuat berdasarkan Kontrak Tambahan.

TNSB berhak pada bila-bila masa, meminda peserta mengemukakan dokumen berkaitan bagi membuktikan Keilatan atau kesan berterusanya. Sekiranya semasa Keilatan dan sebelum pembayaran pendahuluan kelima dibuat, Orang yang dilindungi itu meninggal dunia atau Kontrak Asas matang, Syarikat akan tertakluk kepada kelulusan, membayar baki jumlah Perlindungan kepada peserta, penama atau mana-mana orang yang dinamakan, bergantung kepada kes

2. Pengecualikan Sumbangan

Bayaran Sumbangan akan dikecualikan apabila berlakunya Keilatan yang berterusan. Sumbangan pertama yang dikecualikan adalah selepas berlakunya Keilatan, dengan syarat tiada pengecualian sumbangan dibuat sebelum tarikh ia sepatutnya dibayar dalam tempoh lebih dari satu tahun sebelum penerimaan Notis tuntutan oleh Syarikat.

Skop Perlindungan Perlindungan Keilatan Kekal dan Menyeluruh atau Kematian

Tempoh Penyertaan Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua – dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas

Tempoh dan Lat Sumbangan Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau sehingga peserta berumur 60 tahun (Mana yang terdahulu)

Pembatalan Kontrak Kontrak akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

1 Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau Kontrak Asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang. Atau
2 Kontrak Asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan, atau
3 Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, atau
4 Peserta itu mati atau mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kekal


Had Umur Penyertaan Minimum 6 bulan
Maksimum 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)

Had Manfaat Perlindungan Minimum RM 10,000 atau lebih dalam gandaan RM1,000 hingga 5 kali Amaun Perlindungan asas. Manfaat Keilatan menyeluruh tamat secara atomatik apabila peserta mencapai umur 65 tahun.

Pengendalian sumbangan 100 % di tabarukkan ke dalam Akaun Khas Peserta

Notis tuntutan Sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti yang bersangkutan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian.

Sekiranya berlaku keilatan kekal dan Menyeluruh berpunca dari kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti perubatan yang berkaitan dengan Keilatan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 180 dari tarikh Keilatan tersebut

Mudharabah Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan Takaful Asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan peserta pada kadar 50:50 dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.

Risiko yang dikecualikan 1 Pencerobohanan dan tindakan negara asing, persengkataan (samada perang yang diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan , kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas

2 Apabila peserta membunuh diri atau cuba membunuh diri (samada secara sebab jenayah atau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alcohol atau dadah, samada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau menggunakan racun, gas atau wap beracun

3 Semasa Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengankutan udara bagi tujuan perdagangan, profesian atau hobi atau krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti paying terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melakukan laluan tetap

4 Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula yang mana berlaku kemudian

5 Terlibat dalam aktiviti atau atau jenayah, peneyertaan dalam sebarang pergaduhan atau sengaja mencari punca

6 Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti penyelaman yang memerlukan alat bantuan pernafasan atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau berada;

7 Terdedah kepada bahaya nuclear, peralatan nuclear atau pencemaran radio aktif

8 Mengidap sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, pengguguran anak, keguguran atau akibat darinya

9 Semasa bertugas terlibat sebagai anggota tentera data, laut atau udara

10 Mengidap hernia, ptomaines atau jangkitan bacteria (Kecuali jangktan pyogenic yang melalui akibat kemalangan atau luka

11 Sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang syariah


Pengecualian Sumbangan Sekiranya Pembayar meninggal dunia atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh. TNSB akan mengecualikan pembayaran Kontrak Asas dan Tambahan seperti dalam Jadual Kontrak dalam Kontrak Asas

0 Comments:

Post a Comment

<< Home