takaful islam

Thursday, May 19, 2005

Rider Manfaat Hospital

Rider Manfaat Hospital
PENGENALAN

Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat sekiranya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta akan menerima manfaat harian berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.

Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa-apa kos rawatan atau bil perubatan sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.
Skop Perlindungan Kemasukan ke hospital kerajaan atau Pusat Rawatan berlesen yang diluluskan oleh TN atas cadangan dan kelulusan doctor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit

Tempoh Penyertaan Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua – dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas

Tempoh dan Lat Sumbangan Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau sehingga peserta berumur 60 tahun (Mana yang terdahulu)

Pembatalan Kontrak Kontrak akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

1 Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau Kontrak Asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang. Atau
2 Kontrak Asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan, atau
3 Apabila peserta mencapai umur 60 tahun, atau
4 Peserta itu mati atau mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kekal


Had Umur Penyertaan Minimum 3 tahun
Maksimum 59 tahun (Tarikh lahir akan datang)
Had Manfaat Perlindungan Tidak melebihi 10 kali ganda sumbangan tahunan asas atau RM400 sehari untuk dewasa dan RM200 untuk juvana
Pengendalian sumbangan 100 % di tabarukkan ke dalam Akaun Khas Peserta
Kelayakan tuntutan Dimasukkan ke dalam hospital sekurang-kurangya dua (2) hari. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukkan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja (Had seumur hidup)
Notis tuntutan Nota bertulis hendaklah dikemukakan kepada TN dalam tempoh enam puluh hari (60) keluar (discharge) hospital
Mudharabah Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan Takaful Asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan peserta pada kadar 50:50 dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.

Risiko yang dikecualikan 1 Pencerobohan dan tindakan negara asing, persengkataan (samada perang yang diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas

2 Apabila peserta membunuh diri atau cuba membunuh diri (samada secara sebab jenayah atau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alcohol atau dadah, samada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau menggunakan racun, gas atau wap beracun

3 Semasa Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengankutan udara bagi tujuan perdagangan, profesian atau hobi atau krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti paying terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melakukan laluan tetap

4 Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula yang mana berlaku kemudian

5 Terlibat dalam aktiviti atau atau jenayah, peneyertaan dalam sebarang pergaduhan atau sengaja mencari punca

6 Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti penyelaman yang memerlukan alat bantuan pernafasan atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau berada;

7 terdedah kepada bahaya nuclear, peralatan nuclear atau pencemaran radio aktif

8 Mengidap sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, pengguguran anak, keguguran atau akibat darinya

9 Semasa bertugas terlibat sebagai anggota tentera data, laut atau udara

10 Mengidap hernia, ptomaines atau jangkitan bacteria (Kecuali jangktan pyogenic yang melalui akibat kemalangan atau luka

11 Sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang syariah


Nota penting Manfaat ini hanya akan bermula berkuatkuasa selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula (reinstatement) kecuali sebab-sebab kemalangan
Kemasukan hospital luar Malaysia tidak dilindungi dibawah rider ini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home