takaful islam

Saturday, July 30, 2005

Taqwa adalah punca keselamatan dan kebahagiaan

Bismillahir rahmanir rahim

Taqwa adalah punca keselamatan dan kebahagiaan
dunia dan Akhirat.

Tanpa taqwa, kita tidak akan selamat
dan tidak akan bahagia.

Kita tidak akan terpelihara dan
tidak akan dapat berlindung dengan Allah.

Kita akan terdedah kepada pelbagai serangan nafsu
dan syaitan.

Natijahnya, kita tidak akan sampai kepada
Tuhan dan hasilnya sangat rosak dan merosakkan.
Kalau taqwa tidak ada dan nafsu bermaharajalela,
kesannya amat buruk sekali.

CONTOH KESAN TIDAK BERTAQWA KE ATAS MANUSIA

Mari kita lihat beberapa contoh yang melibatkan
beberapa golongan manusia:

1.Ulama

Bila taqwa tidak ada, para ulama akan dihinggapi
oleh sifat-sifat atau penyakit-penyakit berikut:

a. Sombong atau ego
b. Ujub dan riyak
c. Hasad dengki
d. Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
e. Ingin berlawan terutama sesama ulama
f. Mempergunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia, pangkat dan wang ringgit.
g. Pemarah
h. Ingin dihormati (gila puji)
i. Kalau mampu, suka hidup bermewah-mewah

Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil akan
kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadhi,
ustaz-ustaz dan tuan-tuan imam yang...

1.merendah diri,
2.merasa diri kurang,
3.mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri,
4.bersedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak,
5.tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan kehebatan,
6.menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat,
7.mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain,
8.tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah dan
9.zuhud serta warak.

Bila tidak ada ulama yang bersifat begini,
maka umat seolah-olah ketiadaan lampu penyuluh.
Tinggallah mereka dalam gelap gelita.
Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis,
tidak kenal Allah dan alam Akhirat, tidak pandai
membezakan akhlak baik dan akhlak buruk,
tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,
juga tidak faham apa yang baik dan apa yang tidak baik.

Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke barat,
kadang kadang ke timur, terlanggar ke sana, terlanggar
ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalanan
dan macam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin
tidak ada langsung umat yang selamat.

Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini.
Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut cara
hidup Islam sepenuhnya. Kadang-kadang jadi
macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu,
macam Budha, macam Hippies, macam Punk, macam
Skinhead, ikut rock, ikut metal dan macam-macam lagi.
Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan tidak dapat
dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah
budaya kuning, budaya campur aduk dan budaya
kacau bilau.

Ampun maaf

Mulakan Dengan Diri Sendiri

Mulakan Dengan Diri Sendiri

Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja

Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah
Apakan daya hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah

Kita yang bersyarahkan role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka

Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang, kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka

p/s-

Tugas pendakwah hanya menyampaikan kebenaran.
Samada diterima atau tidak ,
itu adalah kerja Tuhan.
Tak semestinya pendakwah itu terbaik.
Anggaplah untuk memperbaiki akhlak supaya menjadi lebih baik

Semua insan berhak untuk menyampaikan pesanan
Bukan milik pada individu atau group tertentu sahaja.
Selagi ada seruan kearah Pengabadian pada Illahi
Anggaplah sebagai wadah menyambung tugas nabi
Yang saling bertautan sepanjang generasi

Oleh itu marilah kita bersama-sama
menyambung wadah perjuangan
bekerjasama merancakkan lagi
minda terkini
Sohibuz Zaman

Agar Islam Bangkit Semula
Pada akhir Zaman
Yang Kita Lalui Pada Masa Kini.

Wednesday, July 27, 2005

Peringatan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan
selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan
selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal
soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah
sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah
bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu
dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain
Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya