takaful islam

Tuesday, May 24, 2005

Pelan Takaful Khairat Keluarga

Pelan Takaful Khairat Keluarga

CIRI-CIRI PRODUK


Organasasi yang layak menyertai pelan ini termasuklah organisasi seperti Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Persatuan, Pertubuhan, Badan Kebajikan, Koperasi, Kelab Sukan, Qariah Masjid dan lain-lain.


Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian diatas semua sebab adalah seperti berikut;

AHLI YANG DILINDUNGI MANFAAT KEMATIAN
Ahli atau pasangan (18-65 tahun) RM 1,000
Anak (sehingga 3 kematian dalam setahun dari semua anak-anak layak dalam keluarga tersebut) RM 500


Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu RM15 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atauhanya satu penjaga (suami/isteri) sahaja.

Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sebanyak RM15, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga.


Pelan ini diperbaharui setiap tahun. Akad disempurnakan diantara TNSB dengan organisasi (bukan individu). Ini bererti hanya organisasi akan melengkapi borang permohonan; bukan ahli peserta. Tiada kad atau sijil akan dikeluarkan kepada ahli peserta.


Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini.


Takaful Nasional tidak menyimpan rekod lengkap ahli. Pemegang sijil induk diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mempunyai senarai lengkap ahli- ahli yang dilindungi.

Bayaran sumbangan kepada Takaful Nasional oleh pemegang sijil induk hendaklah menyamai bilangan keluarga-keluarga yang dilindungi seperti tersenarai oleh pemegang sijil induk.

KELAYAKAN


Umur kelayakan bagi dewasa ialah 18 tahun hingga 65 manakala kanak-kanak diantara 6 bulan hingga 17 tahun. Anak-anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih dibawah tanggungan ibubapa masing-masing.
Anak-anak berumur 23 tahun keatas boleh menyertai mana-mana pelan yang ditawarkan oleh Takaful Nasional atau menyertai pelan ini sabagai satu unit berasingan.


Anak angkat, ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahiranya dan hendaklah disahkan oleh jawatan kuasa masjid mengenai statusnya.

Anak tiri, anak kepada seorang duda/janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuasa layak dilindungi

Anak yang cacat, berumur di antara 6 bulan hingga 23 tahun, dan apabila berumur 23 tahun keatas hendaklah menyertai pelan ini sebagai satu unit yang berasingan dengan manfaat Takaful sebagai ketua keluarga.


Perkahwinan, ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini dimana sijil masih dalam tempoh kuatkuasa maka suami/isteri berkenaan serta tanggungannya (jika ada) layak dimasukkan sebagai keluarga asas.


PENGECUALIAN


Penceraian, bekas isteri atau suami kepada ahli, hilang kelayakan sebagai sebahagian keluarga asas, dan tidak dilindungi didalam pelan ini.

Semua jenis kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan seumpamanya, adalah tidak dilindungi oleh pelan ini.

MUDHARABAH (PERKONGSIAN UNTUNG)



Keuntungan dari Dana Khairat Kematian sekiranya ada akan dibahagikan berdasarkan konsep Al-Mudharabah mengikut nisbah diantara peserta dan pengendali takaful. Sekiranya ahli telah berpindah ke tempat lain dan tidak lagi menjadi ahli, maka sebarang keuntungan dianggap tabarru' dan akan dimasukkan ke dalam Dana pelan Takaful Khairat Keluarga

Dalam menentukan keuntungan, perbelanjaan sebenar berkaitan dengan segala urusan pengendalian pelan ini akan ditolak dari Dana Pelan Takaful Khairat Keluarga.


PENTADBIRAN


Pelan ini boleh ditawarkan kepada semua organisasi yang memerlukan satu skim pembiayaan untuk ahli atau keluarga dalam satu Skim Khairat Kematian. Ini bermakna TNSB akan menguruskan Skim Khairat Kematian dengan menerima RM15 sumbangan setahun bagi setiap ahli atau keluarga.


Organisasi akan menentukan keluarga-keluarga yang layak dilindungi. Jumlah sumbangan ialah RM15 (darab) dengan bilangan ahli keluarga yang ditentukan. Bayaran dibuat terus ke TNSB

Ahli yang ingin menyertai selepas pelan ini berkuatkuasa tidak boleh dilindungi. Mereka hanya akan dimasukkan pada perlindungan sijil akan datang (iaitu satu tahun dari tarikh pelan itu dimulakan/diasaskan)


Semua tuntutan mestilah dibuat oleh oleh jawatankuasa organisasi bagi pihak ahli selepas disahkan betul dan benar. Takaful Nasional akan terus membuat bayaran manfaat (RM1000 atau RM500) melalui bayaran cek setelah merujuk kepada organisasi.

TNSB perlu menerima dokumen-dokumen sijil kematian, borang tuntutan yang lengkap, surat pengesahan tentang ke ahlian peserta juga pengesahan kematian peserta berlaku dalam tempoh (7) hari selepas tuntutan dibuat.

Tujuan sistem pengurusan yang diringkaskan ini ialah untuk membolehkan bayaran tuntutan dapat dibuat dengan secepat mungkin.


TNSB akan menjalankan pemeriksaan secara rambang dari masa kesemasa keatas perkara-perkara berikut;

-Kesahihan keahlian bertepatan dengan sumbangan yang diterima,
-proses tuntutan kematian dan
-umur peserta semasa penyertaan.


Sumber maklumat : Manual Perunding Takaful Keluarga - Produk - produk Pelan Takaful Keluarga Berkelompok

0 Comments:

Post a Comment

<< Home