takaful islam

Wednesday, August 10, 2005

Anak adalah amanah

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung
>dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah
>kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia
>sendiri."
>
>Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil.
>Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih
>adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib"
>tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina,lelaki
>dan perempuan.
>
>Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim
>dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya
>disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada
>lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada
>sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
>
>Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan
>percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari
>percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan
>pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan
>bulan kelahiran.
>
>Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.
>
>Caranya:
>
>1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin
>wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
>
>2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah
>selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur
>telentang supaya letak air mani jatuh miring.
>
>3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak
>perempuan miring ke kiri.
>
>Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang
>diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya
>ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
>
>Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah
>(Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha"
>-"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap
>hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan
>kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B
>sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan
>lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah
>dilakukan.Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila
>telah mencuba.
>
>Amalan suami semasa isteri mengandung.
>
>======================================
>
>Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
>
>a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
>
>b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam
>kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam
>Al-Quran tersebut.
>
>c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
>
>d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
>
>e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
>
>f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
>
>g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
>
>h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri
>rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
>
>i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan
>keselamatan anak dalam kandungan.
>
>j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang
>akan lahir nanti.
>
>k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
>
>l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl
>ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
>
>Adab suami ketika isteri sedang mengandung
>
>==========================================
>
>Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab
>terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia
>sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa
>perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
>
>a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri, sebagai
>teman hidup yang paling dekat.
>
>b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada
>bersikap kejam terhadap isteri.
>
>c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri
>sebelum masuk tidur.
>
>d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
>
>e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "
>La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada
>Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah,
>sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
>
>f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak
>dalam kandungan selamat.
>
>Dorongan Suami semasa isteri bersalin
>
>=====================================
>
>Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak
>secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan,
>kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi
>motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami
>harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini
>perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
>
>Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal,
>ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.
>Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah
>pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita
>mengandung juga mengalami perubahan emosi.
>
>Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan
>jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara
>2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri
>dan turut menjaga bayi di waktu malam.
>
>Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu
>berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang
>harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan
>keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. .
>
>Mengapa bayi lahir menjadi kenan
>
>================================
>
>Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa,
>saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan
>kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu
>cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya
>mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan
>kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan
>sebagainya.
>
>Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat.
>Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri
>mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila
>bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam
>menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga
>dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan
>akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
>
>Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
>
>==========================================
>
>1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang
>kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali
>uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital
>mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian
>uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya.
>Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.
>Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan
>uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi.
>Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci
>dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana
>menghargai sesuatu.
>
>2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi
>dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan
>di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
>perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
>
>3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi
>manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa
>adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
>
>Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa
>
>==================================================================
>
>a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu
>dekat.
>
>b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya
>daripada Allah SWT.
>
>c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih
>dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
>
>d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
>
>e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan
>memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus
>asa.
>
>Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka
>menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
>
>a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
>
>b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
>
>c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
>
>d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
>
>e) Doa ketika memberi nama anak
>
>Panduan menamakan anak
>
>======================
>
>Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian
>dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan
>hati dan harapan orang yang memberikannya.
>
>Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan
>dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang
>maksudnya: "Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka
>ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits
>dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi
>Wahab Al-Jasyimi).
>
>Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari
>Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang
>makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah.
>Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
>
>Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat
>ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak
>boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak
>kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
>
>Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti
>Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha
>adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan
>bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
>
>Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik
>untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah
>sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi
>bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan
>jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
>
>Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
>
>===========================================================
>
>Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi
>bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran.
>Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
>
>Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
>
>Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin
>memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada
>ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah
>bukan ibu.
>
>Penyembelihan aqiqah
>
>====================
>
>Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara
>kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi
>anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7
>hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat
>Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan
>(syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
>
>Hikmah aqiqah.
>
>a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah
>untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai
>harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
>
>b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru
>lahir.
>
>c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang
>tua mereka kelak.
>
>d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna
>untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
>
>e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu
>memotong korban iaitu membaca Bismillah.
>
>f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah.
>Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih
>terpuji.
>
>g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang
>diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
>
>h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang
>dengan seekor kambing.
>
>i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih
>seekor unta, lembu atau kerbau.
>
>j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda,
>"Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan
>mengucapkan nama Allah.
>
>k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
>
>l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada
>pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3
>iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian
>lagi disedekahkan.
>
>m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran
>penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang
>mengadakan aqiqah.
>
>n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan
>aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi
>telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
>
>o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan
>pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut
>disedekahkan pada fakir miskin.
>
>Mengkhatankan anak
>
>==================
>
>Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana
>kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan
>Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan
>hukumnya wajib.
>
>Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.
>
>Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi
>Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat
>mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat
>mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
>
>Hikmah dan kelebihan berkhatan
>
>a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam
>perlu dikerjakan.
>
>b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim
>dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan
>diri pada Allah SWT.
>
>c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
>
>d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan,
>mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.
>
>e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi
>penyakit kelamin.
>
>f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana
>ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung
>makna yang mendalam.
>
>Mendidik moral anak
>
>===================
>
>Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah
>dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman,
>antaranya :
>
>a. Pendidikan supaya bersyukur
>
>b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
>
>c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
>
>d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan
>sebaliknya.
>
>e. Pendidikan tentang soalt
>
>f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
>
>g. Pendidikan supaya bersabar
>
>h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
>
>i. Pendidikan kesederhanaan
>
>Erti anak bagi orang tua
>
>========================
>
>Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik
>ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus
>dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
>
>1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
>
>2. Anak sebagai amanat Allah SWT
>
>3. Anak sebagai harta yang tergadai
>
>4. Anak sebagai penguji keimanan
>
>5. Anak sebagai alat untuk beramal
>
>6. Anak sebagai saham di akhirat
>
>7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
>
>8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
>
>9. Anak sebagai penyambung cita-cita
>
>10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home