takaful islam

Monday, August 01, 2005

renungan

Madah -Umat Islam mesti pandai mengatur strategi (perancangan) perjuangan. Strategi boleh berubah dari masa kesemasa. Kita juga mesti bijak dalam mengatur teknik (cara) dan uslub (dasar) perjuangan.



Kalau umat Islam boleh berzuhud didunia, masyarakat Islam akan kaya raya manakala individu miskin. Tetapi kalau umat Islam tidak boleh berzuhud didunia. Individunya kaya sedangkan masyarakatnya papa kedana.





Bismilahirahmanirahim.



AL QURAN dan Sunnah penuh dengan panduan-pan­duan dan kaya dengan pim­pinan-pimpinan untuk umat Islam. Oleh itu kita tidak perlu lagi mene­rima panduan-panduan di luar Al Quran dan Sunnah. Ini adalah kera­na pimpinan di luar Al Quran dan sunnah adalah buatan manusia. Apa yang dibuat oleh manusia, sebenar­nya tidak mampu memimpin manu­sia itu sendiri. Kalau kita terima juga, pastilah kita akan susah di dunia lagi sebelum ditimpakan kesusahan paling parah di neraka Tuhan di akhirat kelak. Waliyazubilah



Banyak panduan telah Allah beri kepada kita yang dijelaskan oleh jun­jungan besar Nabi Muhammad SAW. Di antara yang patut difaham dan deterima dengan sebaik-baiknya ada­lah seperti berikut:



1. Panduan mencari kekuatan jiwa

Kekuatan jiwa akan membawa kebahagiaan. Kebahagiaan terletak pada hati, roh atau jiwa. Kalau jiwa kuat, itulah sumber kebahagiaan dan kese­nangan kita.Untuk mendapat kekuatan jiwa dan seterusnya mendapat kebahagiaan di dunia lagi, hendaklah kita berusaha meningkatkan iman. Jiwa tidak boleh dikuatkan dengan kebendaan atau manusia. Jiwa mesti dikuatkan dengan iman.



Orang yang kuat jiwanya dengan iman, tidak akan kecewa dengan hi­dup. Ia tidak akan putus asa dengan perjuangan. Ia akan berhadapan de­ngan sebarang ujian. Banyak cara untuk mendapatkan iman. Antaranya ialah dengan:



a) Bertafakur

Iaitu berfikir tentang kejadian alam sehingga terasa kebesaran Allah. Te­rasa Allah Maha Hebat, Perkasa lagi Maha Pentadbir. Allah mengingatkan kepada kita menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Kami memperlihatkan kepada mereka tandaa-tanda kebesaran Kami iaitu alam, dunia yang luas ini dan pada diri mereka maka mengingati Allah itu sebenar-benarnya ada. Pada diri kamu, mengapa kamu tidak memikir­kannya."

Apabila kita memikirkan alam dan diri kita, terasa Maha Hebat, Maha Perkasa dan Maha Pentadbirnya Allah itu. Dan kita nanti terasa maha kecil­nya kita di hadapan Allah. Akhimya kita akan tunduk, sujud kepada Allah SWT.



b) Membaca sejarah orang-orang so­leh

Kisah-kisah mengenai kehebatan jiwa perjuangan orang-orang soleh akan memberi kekuatan pada jiwa kita juga.



c) Memikirkan tentang neraka

Dalam Al Quran Banyak ayat yang menyebut bagaimana hebat dan dah­syatnya neraka itu. Begitu juga hadis Nabi, Banyak menggambarkan betapa menggerunkan dan hebatnya penderi­taan di dalam neraka. Cara ini juga boleh menguatkan iman.





d) Sentiasa melakukan mujahada­tunnafsi (melawan hawa nafsu) Kita mesti melawan nafsu dan membuat latihan jiwa sebab tabiat semulajadi nafsu suka derhaka kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak orang berbuat jahat." Kalau nafsu tidak diperangi, di didik dan dilatih, nescaya nafsu yang jahat itu akan menggambarkan iman kica. jadi, untuk mendapatkan iman hendaklah kita melawan serta dmendidik hawa nafsu dengan bersungguh-sungguh.

Panduan Untuk Mendapat Petunjuk.

a) Taati Allah

Hendaklah kita taati Allah kerana petunjuk untuk manusia itu adalah daripada Allah. Kalau kita tidak mahu taatkan Allah, kita tidak akan mendapat petunjuk.





b) Taati Rasul

Rasullah yang melaksanakan pe­rintah Allah. Rasul adalah ikutan yang sangat baik­



c) Taati pemimpin

Firman Allah yang bermaksud: "Taatlah kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu."



d) Contohi para sahabat Rasulullah SAW bersabda: "sahabat-sahabatku kesemuanya sekali laksana bintang-bintang di langit. Mana-mana seorang yang kamu ikut, kamu akan elapat petun­juk. �'

Ertinya, jika kita jadikan para sa­habat sebagai ikutan, kita tidak akan sesat hidup di dunia ini.



e) Contohi para salafussoleh . Salafussoleh adalah juga suri tela­dan yang boleh kita Contohi. Rasu­lullah SAW menjelaskan yang ber­maksud:

"Sebaik-baik kamu adalah di kurun­ku, kemudian kurun yang baik itu kurun yang mengikuti kurunku, kemu­dian kurun yang baik itu kurun yang mengiringi selepas itu."



Rasulullah menyebut, umat Islam contoh ialah dalam lingkungan tiga kurun atau 300 tahun daripada ba­ginda. Mereke inilah yang dikatakan salafus soleh. Secara majoriti mereka soleh-soleh belaka. Selepas tiga kurun itu, kebanyakan toleh-toleh, jahat ­jahat belaka. Lebih-lehih lagi pada zaman kita ini yang sudah ditinggal­kan Rasulullah 1400 tahun.



f) Taat guru-guru yang mursyid Guru-guru mursyid mesti kita patuhi dan taati. Mereka telah banyak memimpin kita ke jalan yang benar. Ketaatan dan kepatuhan itulah yang menyebabkan kita mendapat petunjuk daripada Allah SWT.



3. Panduan untuk mendapatkan perpaduan dan persaudaraan

a) Tingkatkan kasih sayang sesama kaum muslirnin

b) Tolong-menolong

Allah berfirman yang betmaksud, "Hendaklah kamu bertolong bantu dalam kebaktian. Dan janganlah kamu bertolong bantu dalam kejahatan dan kebatilan."

Bertolong bantu antara satu dengan yang lain demi kebaikan itu boleh menimbulkan perpaduan dan persau­daraan.



c) Ziarah-mcnziarahi.

Apabila ada masa hendaklah kita menziarahi antara satu dengan lain.

d) Teguhkan ukhuwah Islamiah

Ukhuwah adalah salah sacu dari­pada asas kekuatan jemaah selain iman dan keselatasan serta kefahaman. Elak­kan umpat-mengumpat di antara satu dengan lain. Umpat-mengumpuat boleh merosakkan hati dan menim­bulkan perpecahan.



4. Untuk mendapatkan keselarosan dan kesefahaman.

a) Hendaklah sama-sama menerima AI Quran sebagai panduan hidup



Al-Quran, sama-sama diyakini dan diamalkan. Apa yang disunatkan oleh Al Quran sama kita terima sebagai sunat dan kita atnalkan setakat yang terdaya oleh kita.

Apa yang diharamkan oleh Al Quran, hendaklah diterima sebagai haram dan sama-sama dijauhi sungguh­sungguh. Apa sahaja yang dimakruh­kan kita sama-sama terima sebagai makruh dan kita jauhi setakat yang terdaya oleh kita. Apa yang dipandang harus oleh Al Quran, hendaklah kita terima sebagai harus; boleh dibuat dan boleh ditinggalkan. Sama ada kita buat atau tinggalkan ia tidak membawa dosa mahupun pahala



b) Satukan pandangan kita terhadap Sunah dan hadis-hadis Nabi SAW.

Kita mesti sama-sama menerima Sunnah. Kalau penerimaan terhadap Al Quran dan Sunnah tidak sama di kalangan masyarakat Islam, tidak ada lagi keselarasan dan kesefahaman.



c) Satukan pandangan terhadap sahabat-sahabat.

Hendaklah kita memandangkan sahabat-sahabat itu sama antara satu sama lain. Jangan seperti orang Syiah memandang sahabat; menerima sesetengah mereka dan menolak malah mengkafirkan sesete­ngah yang lain. Jadi, keseluruhan para sahabat Rasulullah SAW mesti kita terima. Mereka adalah contoh ikutan kita.



d) Satukan pandangan terhadap salafussoleh

Pandangan terhadap salafussoleh hendaklah sama. Mereka juga adalah ikutan dan suri teladan bagi kita.



e) Satukan pandangan terhadap isu-­isu semasa.

Apa sahaja isu semasa yang berla­ku hendaklah kita lihat dari sudut pandangan yang sama. Jika ia meli­batkan perkara yang ditegah oleh sya­riat, hendaklah kita sama-sama meng­anggap demikian; jangan sampai ada yang menerima dan ada yang tidak.



f) Satukan pandangan dalam menilai kawan.

Kalau satu golongan itu telah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul sebagai kawan, hendaklah kita memandang mereka demikian



g) Satukan pandangan dalam menilai lawan.

Kalau Allah dan Rasul menunjuk satu golongan sebagai lawan, hendaklah kita menganggap mereka sedemikian dan menjauhi mereka Bimbang mereka akan merosakkan kita.



h) Satukan cara bertindak

Sebarang tindakan sama melibatkan perkara baik atau dilarang oleh syariat, hendaklah dilakukan secara seia dan sekata. Perkara baik,hendaklah dilakukan dan sokong bersama. Begitu juga dalam menghapuskan kemungkaran, maksiat dan sebagainya, kaum muslimin mestilah sama-sama bertindak menjauhi dan menghapuskannya

5. Panduan untuk mendapatkan kejayaan

a) Miliki sifat taqwa.

Cara yang paling utama diusahkan ialah sifat taqwa. Kalau inginkan kejayaan dan bantuan Allah, hendaklah kita miliki sifat taqwa. Allah mengingatkan dalam Al Quran yang bermaksud

"Allah menaadi pembela atau pemimpin kepada orang yang bertaqwa."

"Barang siapa bertaqwa kepada Aku nescaya diberi jalan keluar dan diberi rezeki daripada sumber yang tidak diketahui dari mana datangnya. �

"Barang siapa yang bertaqwa akan Allah jadikan urusannya sebagai mudah."



Jadi, sifat taqwa ini penting. Tanpa taqwa, Allah tidak akan bantu untuk mendapat kejayaan sekalipun pelbagai cara kita berusaha. Inilah yang berlaku kepada umat Islam pada akhir zaman. Selalu kalah dalam perjuangan dalam bidang apa jua pun. Semakin berjuang semakin kin terhina. Kenapa? Mereka rajin berjuang tetapi tidak memiliki sifat taqwa. Allah biarkan umat Islam kepada musuh-musuh. Mereke hina hadapan musuh. Sebab itu kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki sifat taqwa agar Allah memberikan pertolongan-Nya dalam semua aspek perjuangan.



b) Bijaksana dalam berjuang .Umat Islam mesti pandai mengatur strategi (perancangan) perjuangan. Strategi boleh berubah dari masa semasa. Kita juga mesti hijak da mengatur teknik (cara) dan uslub (dasar) perjuangan.



6. Panduan untuk meninggalkan maksiat.

a) Takut kepada Allah dan azab-Nya. Ia boleh membendung kita daripada membuat maksiat dan kemungkaran serta membenteng diri daripada derhaka kepada Allah SWT.Menjauhi maksiat ertinya menjadikan diri bersih: daripada noda dan dosa. Di sini kasih dan redha Allah kepada kita.

b) Faham syariat.

Umat Islam mesti memahami syariat iaitu Al Quran dan Sunnah. Kalau tidak, kita dalam kejahilan sekalipun kita bercita-cita untuk meninggalkan maksiat dan kemungkaran. Kita akan buat kesalahan dalam kejahilan kerana tidak ada ilmu.



7. Panduan mengelak salah faham.



a) Fahami jalan pemikiran pemimpin dan tindakannya.

Pemimpin buat arahan bertindak dan kadang-kadang melarang. Kalau kita tidak faham, akan mudahlah ber­laku salah faham dengan pemimpin. Dalam jemaah ada pemimpin. Ikut jemaah bererti ikut pemimpin,



Kalau kita sentiasa ragu dengan pemimpin, hilanglah kebahagiaan berada dalam jemaah. Lama-kelama­an, jiwa kita akan rosak. Asy Syahid Hassan AI Banna pernah memberitahu pengi­kutnya:

"Sentiasalah berdamping dengan pemimpin-pemimpin untuk memahami jalan pemikiran pemimpin agar tinda­kan pemimpin tidak disalahkan."



Untuk memahami pemikiran pemimpin tidak semestinya duduk dekat dengan pemimpin. Kita boleh ikuti ceramah-ceramah pemimpin melalui kaset dan video. Baca buku-­buku dan risalah yang ditulis oleh pemimpin. Mudahlah difaham jalan pemikiran, matlamat perjuangan dan tindak-tanduk pemimpin.



Adalah sangat merbahaya jika anggota satu jemaah tidak pemah mengikuti atau membaca buku dan risalah yang di­keluarkan oleh pemimpin. Jauh sekali untuk memahami apa yang diterje­mahkan oleh pemimpin. Orang di luar jemaah kadang-kadang lebih rajin membaca tulisan dan memahami jalan pemikiran pemimpin. Orang yang diberi Allah sedikit kepandaian dan ketajaman otak selalunya nampak banyak perkara dan suka berbahas. Orang begini lebih perlu memahami jalan pemikiran pemimpin supaya mereka dapat memberi faedah kepada perjuangan.



b) Elakkan perkara yang boleh menimbulkan salah faham. Setiap ahli hendaklah mengisi program-program jemaah yang telah diatur seperti fardhu ain, usrah, gotong-­royong. Jangan ada yang mengecuali­kan diri tanpa keuzuran . Kalau sering tidak menghadiri program jemaah, kita bukan saja tidak akan faham per­kembangan jemaah, tetapi juga mem­buat ahli lain menaruh syak wasangka kepada kita. Ini boleh menimbulkan pecah-belah dan kerenggangan di ka­langan ahli.



Hendaklah berkawan dengan orang yang baik. Kalau berkawan dengan orang jahat walaupun kita tidak jahat, orang akan sangka kita buat jahat. Kalau bergaul dengan orang jahat dengan tujuan hendak dakwah, tidak mengapa. Kalau tidak bertujuan, takut ­takut kita yang akan rosak.



8. Panduan untuk mendapatkan jaminan Allah.

Untuk mendapat jaminan dari Allah hendaklah kita bertawakal ke­pada-Nya. Allah berfirman:



"Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, cukuplah Allah sebagai pembela.



Orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan goyang hatinya. Mereka memandang cerah akan masa depan. Pentingnya kita bertawakal pada Allah supaya kita sentiasa bersangka baik pada Allah. Jahat sangkaan pada Allah akan menyebabkan kita berdosa.



9. Panduan untuk menarik simpati kepada perjuangan.

Milikilah akhlak kerana akhlak ibarat bunga; sifat semulajadi manusia suka kepada bunga (akhlak mulia). Akhlak boieh menarik orang lain kepada perjuangan. Kalau anggota harakah Islam tak berakhlak, sombong, kasar, angkuh, mengata, mengumpat dan sebagainya, orang tidak akan ikut harakah itu walaupun perjuangannya benar. Akhlaklah yang menjadi

iku­tan orang.



Orang tunduk kepada harakah perjuangan kerana sifat lemah lem­but, pemurah, pemaaf, tawaduknya anggota harakah itu. Akhlak adalah buah ibadah atau buah amalan. Ama­lan itu akan dinilai oleh Allah kalau is membuahkan akhlak yang mulia. Ibadah yang banyak tidak akan ber­harga kalau tidak membuahkan akh­lak yang mulia. Berhati-hatilah jangan sampai ibadah tidak berbuah.



10.Panduan untuk mendapat pahala tanpa hisab.

Satu kebaikan yang kita buat ada­kalanya dibayar oleh Allah dengan 10, 70, 700, 7000 kebajikan dan adakala­nya dibayar dengan tanpa hisab. Erti­nya, terpulang kepada Allah berapa Allah hendak beri atau nilai..Jadi kalau kita mahu pahala tanpa hisab, antara jalannya:



a)Sabar atas apa sahaja yang terjadi. Sabar dengan kemiskinan, orang kata, fitnah, tidak berharta dan lain-lain lagi.



b)Zuhud dengan apa sahaja yang berbentuk keduniaan. Ambil dunia sekadar yang perlu. Zuhud daiam makan minum, pakaian,rumahtangga dan lain-lain. Mec­ari kekayaan dalam Islam tidak salah. Cuma gunakanlah ia seka­dar yang perlu. Gunakan harta lebihnya untuk jihad membangun masyarakat Islam.



Kalau umat Islam boleh berzuhud di dunia. masyarakat Islam akan kaya raya , manakala individu miskin. Tetapi kalau umat Islam tidak boleh berzuhud ­di dunia, individunya kaya raya tetapi masyarakamya papa kedana.



Untuk zuhud di dunia ini susah terutamanya zuhud tentang jawatan. Semua berlumba hendak berebut pangkat. ­Bagi sesetengah orang, setelah mendapat pangkac dan jawatan baru­lah cergas berjuang dan berjihad. Kalau berkorban pun tidak mahu.



Pangkat dan kedudukan membawa kemasyuran. Inilah yang disukai oleh manusa. Bila hilang pangkat, rasa seperti jatuh dari pokok kelapa atau rasa seperti jatuh dari gunung. Sepa­tutnya kita bersyukur kerana kita tidak tanya oleh Allah SWT. Kalau Allah tidak beri pangkat, lapangkanlah hati kerana ia bermakna tangggungjawab kica ringan. Tetapi tidak bermakna pula sampai tidak mahu berjuang dan berkorban.



Khalid Ibnu Walid r.a, ketika menjadi ketua, semangat berjuangnya hebat. Setelah dilucutkan jawatan oleh Sayidina Umar semangat berjuangnya sama sahaja. Sahabat hairan lalu ber­tanya. Sayidina Khalid menjawab: "Saya berperang bukan kerana Umar, saya berperang kerana Allah."



11.Panduan untuk menda­pat keampunan Allah. Keampunan Allah boleh diminta dengan taubat. Dosa-dosa manusia terbahagi kepada dua iaitu dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia.

Di antara keduanya, dosa dengan manusialah yang lebih utama.



Contoh dosa dengan Allah ialah seperti meninggalkan sembahyang, tidak naik haji, tidak berjuang, tidak berjihad, cuai cutup aurac dan lain-lain. Dosa dengan manusia ada banyak jenis sama ada yang berhubung dengan diri, harta, keluarga atau agama. Apabila kita pukul, umpat, fitnah, kata, malukan seseorang depan orang ramai kita berdosa terhadap orang itu berhubung dengan dirinya sendiri. Apabila kita curi, tidak bayar hutang dan rompak hartanya, kita berdosa berhubung dengan hartanya. Manakala dosa berhubung dengan keluarga ialah seperti berdua-duaan dengan anak gadis orang.

Dosa berhubung dengan agama pula ialah seperti kita tuduh dia kafir, fasik, munafik. Kalau orang yang dituduh tidak begitu, tuduhan itu berbalik pada diri kita sendiri..Untuk bertaubat daripada dosa dengan Allah ada tiga syarat iaitu menyesal, meninggalkan maksiat ter­sebut dan benci kepada perbuatan itu. Tetapi untuk bertaubat daripada dosa dengan manusia ditambah syarat ke­empat, iaiatu minta halal. Kalau ber­hubung dengan diri, mudah sahaja untuk minta maaf. Kalau berhubung dengan harta yang dicuri, kena me­ngaku dan ini bukan mudah. Kalau berhubung dengan keluarga, lagi be­rat.



Kalau kita tuduh seseorang itu syi­rik, bid'ah, khurafat, munafik, dan sebagainya, kita mesti isytihar di mana kita isytihar dahulu. Jadi, bukan mu­dah untuk mendapatkan keampunan daripada Allah SWT. Hendaklah kita sentiasa bertaubat, sama ada kita buat dosa atau tidak- Hendaklah kita me­rasai diri kita ini sentiasa berdosa. Dosa kadang-kadang tidak nampak. Dosa lahir mudah dikesan, tapi dosa yang batin?



Kita tidak dapat mengelakkan diri dari­pada dosa. Kita mesti sedar selalu bahawa kita ini sentiasa berdosa dan sentiasa selalu pula bertaubat. Kits sepatutnya bertaubat walau di mana kita berada sebagaimana kita sentiasa berbuat dosa dengan tidak mengira tem­pat. Bertaubat tidak semestinya lepas sembahyang sahaja. Bila terasa berdo­sa sahaja, bertaubatlah sebab mati tidak mengira tempat.



Inilah beberapa panduan yang Allah telah beri kepada kita. Rasul juga telah jelaskan pada kita untuk difa­hami dan diamalkan. Tegasnya, Inilah jalan kita iaitu jalan taqwa. Mudah ­mudahan kita menjadi orang Islam yang bertaqwa. Agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat, dan mendapat keredhaan Allah SWT.



Penulis: My Wali

Kitab : Menangislah Selalu. Nasib Kita Belum Tahu. Walau Pun Dapat Petunjuk. Belum Tentu Allah Terima.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home