takaful islam

Friday, May 20, 2005

Rider Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Rider Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit

PENGENALAN

Melalui rider ini, peserta bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000 dan boleh ditambah dengan gandaan RM 1,000 sehingga nilai maksimum 5 kali gandaa daripada jumlah pelan asas.
Definasi Kecederaan
Semaksud kecederaan tubuh disebabkan secara langsung oleh kemalangan
Definasi Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Tidak berupaya memperolehi sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan tugasan atau kemahiran dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh enam bulan secara berterusan, atau pun

Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau

Hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau

Hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali; atau

Hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali; atau

Kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Skop Perlindungan Perlindungan Keilatan Kekal dan Menyeluruh ataupun Kematian Akibat Kemalangan sahaja
Tempoh Penyertaan Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua – dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas
Tempoh dan Lat Sumbangan Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau sehingga peserta berumur 60 tahun (Mana yang terdahulu)
Pembatalan Kontrak Kontrak akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
1 Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau Kontrak Asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang. Atau
2 Kontrak Asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan, atau
3 Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, atau
4 Selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan Keilatan Kekal dan menyeluruh
5 Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal & menyeluruh dilunaskan

Had Umur Penyertaan Minimum 6 bulan
Maksimum 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)
Had Manfaat Perlindungan Tidak melebihi 5 kali ganda dari manfaat asas
Pengendalian sumbangan 100 % di tabarukkan ke dalam Akaun Khas Peserta
Kelayakan tuntutan 1 Meninggal dunia akibat kemalangan – dalam tempoh sembilan (90) hari dari tarikh kemalangan
Keilatan Kekal dan Menyeluruh – dalam tempoh 90 hari dari tarikh bermula keilatan.
Notis tuntutan Sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, barang-barang berkaitan serta bukti yang bersangkutan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian.
Sekiranya berlaku keilatan kekal dan Menyeluruh berpunca dari kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti perubatan yang berkaitan dengan Keilatan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 180 dari tarikh Keilatan tersebut.
Mudharabah Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan Takaful Asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan peserta pada kadar 50:50 dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.
Risiko yang dikecualikan 1 Pencerobohan dan tindakan negara asing, persengkataan (samada perang yang diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas

2 Apabila peserta membunuh diri atau cuba membunuh diri (samada secara sebab jenayah atau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alcohol atau dadah, samada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau menggunakan racun, gas atau wap beracun

3 Semasa Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengankutan udara bagi tujuan perdagangan, profesian atau hobi atau krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti paying terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melakukan laluan tetap

4 Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula yang mana berlaku kemudian

5 Terlibat dalam aktiviti atau atau jenayah, peneyertaan dalam sebarang pergaduhan atau sengaja mencari punca

6 Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti penyelaman yang memerlukan alat bantuan pernafasan atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau berada

7 terdedah kepada bahaya nuclear, peralatan nuclear atau pencemaran radio aktif

8 Mengidap sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, pengguguran anak, keguguran atau akibat darinya

9 Semasa bertugas terlibat sebagai anggota tentera data, laut atau udara

10 Mengidap hernia, ptomaines atau jangkitan bacteria (Kecuali jangktan pyogenic yang melalui akibat kemalangan atau luka

11 Sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang syariah


Pengecualian Sumbangan Atas sebab Keilatan kekal dan Menyeluruh sahaja
Lien Juvana Sekiranya berlaku kematian sebelum peserta mencapai umur lima (5) tahun pada tarikh lahir akan datang dan tertakluk kepada terma dan syarat sijil, Manfaat Takaful untuk Kontrak Tambahan ini adalah seperti berikut
Umur Kematian (Tarikh lahir akan datang) % Faedah berbayar
1 tahun 20 %
2 tahun 40 %
3 tahun 60%
4 tahun 80 %
5 tahun ke atas 100 %

0 Comments:

Post a Comment

<< Home