takaful islam

Friday, May 20, 2005

Takaful Am-Pelan Takaful Gadaijanji (MRTA)

Pelan Takaful Gadaijanji (MRTA)

PENGENALAN

Pelan Takaful Gadai Janji (MRTA) merupakan satu bentuk perlindungan kepada pemilik-pemilik rumah yang masih belum menyelesaikan baki pinjaman perumahan mereka dengan Institut Kewangan atau Majikan.

Baki pinjaman yang belum dijelaskan akan dilunaskan oleh Takaful Nasional sekiranya peserta meninggal dunia atau keilatan kekal dan menyeluruh.

Sekiranya pinjaman diselesaikan lebih awal daripada tempohnya, penyertaan peserta akan ditamatkan dan baki sumbangan, akan dikembalikan.

Pelan ini juga menawarkan manfaat khairat kematian kepada waris peserta sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh perlindungan masih berkuatkuasa.

CIRI-CIRI PELAN

Skop Perlindungan Perlindungan Sahaja.
Tempoh Penyertaan 5 hingga 35 tahun.
Tempoh Sumbangan Sekaligus (Pada masa permulaan sijil berkuatkuasa).
Had Umur Penyertaan 18 (Tepat) hingga 55 tahun (Harijadi akan datang).
Had Jumlah Perlindungan RM10,000 atau lebih (Tertakluk kepada jumlah pinjaman asal).
Manfaat Keilatan Kekal Berkuatkuasa serta-merta bagi yang layak dan luput pada usia 60 tahun atau matangnya sijil.
Jumlah Sumbangan Bergantung kepada :-
- Umur Penyertaan
- Tempoh Penyertaan
- Tempoh Penangguhan
- Kadar keuntungan
- Cara pembayaran
Pengendalian Sumbangan Sumbangan dimasukkan kedalam Akaun Khas Peserta 100%.
Nilai Tunai Sijil Tiada.


MANFAAT

Meninggal Dunia &Keilatan Kekal Jumlah perlindungan menurun mengikut jadual manafaat berkurangan :-
Ianya bergantung kepada :-
a. Kadar Keuntungan
b. Jumlah Pinjaman Asal
c. Tempoh Pinjaman
d. Tempoh Penangguhan

Penjelasan Awal Jumlah sumbangan bersih belum terperoleh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home