takaful islam

Friday, May 20, 2005

Rider Manfaat Pengecualian Pembayar

Rider Manfaat Pengecualian Pembayar
Payor Benefit

PENGENALAN

Rider ini memberi manfaat pengecualian pembayaran sumbangan untuk pembayar dibawah Kontrak Asas dan semua Kontrak Tambahan/rider

Rider ini hanya boleh disertai dengan pelan dan skim juvana

Melalui rider ini, pembayar yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal atau mengalami keilatan kekal & menyeluruh dikecualikan daripada meneruskan pembayaran sumbangan untuk skim juvana yang disertai atas nama anaknya.


Skop Perlindungan Perlindungan Keilatan kekal dan menyeluruh ataupun kematian atas pembayar sahaja

Tempoh Penyertaan Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua – dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau hingga umur orang yang dilindungi mencapai 20 tahun tepat atau umur pembayar peserta mencapai umur 65 tahun (mana yang terdahulu)

Tempoh dan Lat Sumbangan Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau sehingga peserta berumur 65 tahun (Mana yang terdahulu)

Pembatalan Kontrak Kontrak akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

1. Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau Kontrak Asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang. Atau
2. Kontrak Asas matang, diserahkan atau dibatalkan atau
3. Apabila peserta mencapai umur 65 tahun; atau
4. Apabila orang yang dilindungi mencapai umur 20 tahun tepat
5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal & menyeluruh dilunaskan

Had Umur Penyertaan Minimum 18 tahun
Maksimum 55 tahun (Tarikh lahir akan datang)

Pengendalian sumbangan 100 % di tabarukkan ke dalam Akaun Khas Peserta
Kelayakan tuntutan Meninggal dunia akibat kemalangan – dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh kemalangan

Notis tuntutan Sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti yang bersangkutan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian.

Sekiranya berlaku keilatan kekal dan Menyeluruh berpunca dari kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti perubatan yang berkaitan dengan Keilatan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 180 dari tarikh Keilatan tersebut.

Mudharabah Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan Takaful Asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan peserta pada kadar 50:50 dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.

Risiko yang dikecualikan 1 Pencerobohan dan tindakan negara asing, persengkataan (samada perang yang diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas

2 Apabila peserta membunuh diri atau cuba membunuh diri (samada secara sebab jenayah atau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alcohol atau dadah, samada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau menggunakan racun, gas atau wap beracun

3 Semasa Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengankutan udara bagi tujuan perdagangan, profesian atau hobi atau krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti paying terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melakukan laluan tetap

4 Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula yang mana berlaku kemudian

5 Terlibat dalam aktiviti atau atau jenayah, peneyertaan dalam sebarang pergaduhan atau sengaja mencari punca

6 Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti penyelaman yang memerlukan alat bantuan pernafasan atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau berada

7 terdedah kepada bahaya nuclear, peralatan nuclear atau pencemaran radio aktif

8 Mengidap sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, pengguguran anak, keguguran atau akibat darinya

9 Semasa bertugas terlibat sebagai anggota tentera darat, laut atau udara

10 Mengidap hernia, ptomaines atau jangkitan bacteria (Kecuali jangktan pyogenic yang melalui akibat kemalangan atau luka

11 Sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang syariah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home