takaful islam

Friday, May 20, 2005

Rider Manfaat Indeminiti Kemalangan

Rider Manfaat Indeminiti Kemalangan
Accident Indemnity Reimbursement

PENGENALAN

Melalui rider ini peserta akan mendapat manfaat perlindungan yang komprehensif sekiranya peserta meninggal dunia atau cedera. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya Peserta mengalami keilatan sementara separa dan menyeluruh

JADUAL MANFAAT

1 Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersangkut paut dengan sebarang sebab selain daripada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar

2 Apabila menerima bukti yang memuaskan untuk kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam (i) – (vii) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar dibawah kalusa 2 tidak melebihi Jumlah Perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk (i) – (viii)

Manfaat Kematian dan keilatan Manfaat
i Kehilangan dua tangan atau kaki akibat dipotong pada/atas pergelangan kedua-dua kaki atau tangan 100 %
ii Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan penglihatan sebelah mata dan kehilangan satu tangan atau kaki akibat dipotong pada/atas pergelangan tangan atau kaki 100%
iii. Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan penglihatan kedua-dua belah mata 100 %
iv Kahilangan satu tangan atau kaki akibat dipotong pada/atas pergelangan tangan atau kaki. 60%
v Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan penglihatan sebelah mata 60%
vi Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan pendengaran kedua-dua belah telinga 60%
vii Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan pertuturan 60 %
viii Kehilangan keseluruhan ibu jari dan jari telunjuk pada salah satu tangan akibat dipotong pada/atau sendi metacarpal phalangeal 25 %

3 Sekiranya kecederaan akibat kemalangan itu menyebabkan kemasukan ke hospital dimana-mana hospital kerajaan atau pusat perubatan yang diluluskan oleh syarikat, pembayaran mingguan sebanyak RM6.00 setiap RM1000 jumlah perlindungan (Atau RM0.85 sehari untuk sebahagian minggu) bagi setiap tempoh dimasukkan ke hospital sehingga maksimum 25 minggu akan dibayar apabila bukti kemasukan ke hospital itu diterima. Kemasukan ke hospital akan bermula dalam tempoh 36 jam dari kecederaan akibat kemalangan dan melebihi tempoh 12 jam.

Sekiranya anda telahpun memiliki rider manfaat hospital untuk Kontrak Asas, maka yang tertinggi antara manfaat akan dibayar

4 Sekiranya kecederaan akaibat kemalangan itu menyebabkan Keilatan Separa yang berterusan yang menghalang Orang yang Dilindungi daripada melakukan satu atau lebih tugasan berkaitan dengan pekerjaanya dari tarikh ditimpa kemalangan tetapi dia tidak perlu tinggal di hospital, pembayaran mingguan sebanyak RM2.50 untuk setiap RM1000 Jumlah Perlindungan (atau RM0.35 sehari untuk sebahagian minggu) bagi setiap tempoh maksimum 52 minggu detiap kemalangan akan dibayar dengan syarat Orang yang Dilindungi mendapat sekurang-kurangnya 3 hari cuti rehat (MC). Manfaat ini akan dibayar apabila Syarikat berpuashati dengan bukti perubatan sempurna untuk keilatan separa.

5 Indeminiti Berganda
Amaun Manfaat yang disediakan dalam jadual Manfaat di bawah perkara (1), (2) dan (3) diatas akan digandakan sekiranya kecederaan akibat kemalangan itu adalah akibat daripada mana-mana perkara berikut
i Semasa orang yang dilindungi menjadi penumpang berbayar dengan syarikat kenderaan komersial awam berlesen yang mempunyai jadual perjalanan tetap seperti bas atau keretapi (selain daripada teksi, kenderaan sewa, atau penerbangan udara): atau

ii Semasa orang yang dilindungi berada dalam pesawat/kereta kabel/lif yang diakui boleh mengangkut penumpang (tidak termasuk yang digunakan dalam perlombongan dan tapak pembinaan): atau

ii Kerana kesan langsung daripada pembakaran bangunan awam yang berikut sahaja: bangunan awam, hotel dan panggung teater atau wayang

6 Manfaat Tambahan Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Sekiranya kecederaan akaibat kemalangan itu menyebabkan Orang yang dilindungi mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh seperti dinyatakan dalam kontrak Asa (dengan syarat keilatan itu berlanjutan untuk tempoh 6 bulan) apabila bukti yang memuaskan deterima, Syarikat akan membayar bayaran tahunan sejumlah RM200.00 setiap seribu daripada jumlah perlindungan untuk tempoh 5 tahun dari tarikh berlakunya Keilatan. Namun sekiranya yang berlaku adalah berlawanan, adalah dipersetujui dan difahami bahawa amaun berbayar dibawah Manfaat Tambahan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akan mengurangkan prinsipal Jumlah Perlindungan. Manfaat yang dibayar di bawah kontrak tambahan adalah baki manfaat berbayar.

Skop Perlindungan Perlindungan untuk kematian, kecacatan dan kecederaan Kemalangan sahaja
Tempoh Penyertaan Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua – dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau hingga peserta mencapai umur 60 tahun (tarikh lahir akan datang)
Tempoh dan Lat Sumbangan Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau sehingga peserta berumur 60 tahun (Mana yang terdahulu)
Pembatalan Kontrak Kontrak akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

1. Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau Kontrak Asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang. Atau
2. Apabila peserta mencapai umur 60 tahun.; atau
3.Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal & menyeluruh dilunaskan
4. Apabila berlakunya salah satu yang dinyatakan Jadual Faedah (1) dan (2) seperti tertera dalam “Kontrak Takaful Keluarga"
Had Umur Penyertaan Minimum 18 tahun
Maksimum 55 tahun (Tarikh lahir akan datang)
Had Manfaat Perlindungan Minimum RM 10,000 atau lebih dlam gandaan RM1,000 hingga 2 kali Amaun Perlindungan asas. Manfaat Keilatan menyeluruh tamat secara atomatik apabila peserta mencapai umur 60 tahun.
Had Manfaat Perlindungan Minimum RM 10,000 atau lebih dlam gandaan RM1,000 hingga 2 kali Amaun Perlindungan asas. Manfaat Keilatan menyeluruh tamat secara atomatik apabila peserta mencapai umur 60 tahun.
Pengendalian sumbangan 100 % di tabarukkan ke dalam Akaun Khas Peserta
Kelayakan tuntutan Mengalami kematian atau kecederaan yang menyebabkan Orang dilindungi secara langsung (dan bukan berpunca dari sebab-sebab lain) akibat luaran. Keganasan, kemalangan (kecederaan akibat kemalangan) dan dengan syarat kematian atau kecederaan badan itu berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan kelendar dari tarikh kecederaan tersebut dialami
Notis tuntutan Sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti yang bersangkutan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian.
Sekiranya berlaku keilatan kekal dan Menyeluruh berpunca dari kemalangan, borang-borang berkaitan serta bukti perubatan yang berkaitan dengan Keilatan hendaklah dikemukakan kepada TNSB dalam tempoh 180 dari tarikh Keilatan tersebut.
Mudharabah Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan Takaful Asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan peserta pada kadar 50:50 dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.

Risiko yang dikecualikan 1 Pencerobohan dan tindakan negara asing, persengkataan (samada perang yang diistiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas

2 Apabila peserta membunuh diri atau cuba membunuh diri (samada secara sebab jenayah atau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alcohol atau dadah, samada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau menggunakan racun, gas atau wap beracun

3 Semasa Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengankutan udara bagi tujuan perdagangan, profesian atau hobi atau krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti paying terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melakukan laluan tetap

4 Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula yang mana berlaku kemudian

5 Terlibat dalam aktiviti atau atau jenayah, peneyertaan dalam sebarang pergaduhan atau sengaja mencari punca

6 Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti penyelaman yang memerlukan alat bantuan pernafasan atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau berada

7 terdedah kepada bahaya nuclear, peralatan nuclear atau pencemaran radio aktif

8 Mengidap sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, pengguguran anak, keguguran atau akibat darinya

9 Semasa bertugas terlibat sebagai anggota tentera darat, laut atau udara

10 Mengidap hernia, ptomaines atau jangkitan bacteria (Kecuali jangktan pyogenic yang melalui akibat kemalangan atau luka

11 Sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang syariah


JADUAL PEMBEDAHAN
Jadual Pembedahan yang dilakukan Manfaat
1 Pemotongan / dipotong

i. Peha 35
ii. Lengan, kaki atau keseluruhan kaki atau tangan 25
iii. Ibu jari satu atau lebih jari atau jari kaki 10
(Sekurang-kurangnya keseluruhan ruas)



2 Dada - dibedah kaviti Thoracic untuk diagnos atau rawatan organ
25
3 Terkehel atau pengurangan

i. Sendi pinggul atau lutut (kecuali Patella) 10
ii. Sendi bahu, siku atau buku lali 10
iii. Rahang bawah atau tangan (Selain dari jari) 10
iv. Telinga, hidung atau kerongkong, sebarang pembedahan 10



4 Membuang atau memindahkan

i. Sendi bahu atau pinggul 35
ii. Sendi lutut 35
iii. Sendi siku, pergelangan tangan atau buku lali 25
iv. Coccyx 10
v. Mata - pemindahan bola mata 25
vi. Sebarang pembedahan keatas bola mata 10



5 Keretakan - Rawatan tulang

i. Pelvis (kecuali Coccyx) 35
ii. Peha (shaft) 35
iii. Lengan, kaki atau kepala lutut 25
iv. Rahang (Proses Alveolar dikecualikan), tulang kolar atau tulang bahu 10
v. Tangan (Selain daripada dua ibu jari, jari atau jemari) 10
vi. Tulang kaki (Selain daripada jari kaki) 10
vii. Hidung, rusuk atau tulang-tulang rusuk 10



6 Pembedahan aliran 10
7 Sendi - pemotongan sendi untuk diagnosa atau rawatan struktur
intra-articular 15
8 Tulang tengkorak (Skul) - membedah kaviti Kraniat 35
9 Pembedahan tulang belakang (Spine atau spinal cord) dengan
pembedahan sebahagian vertabra 35

0 Comments:

Post a Comment

<< Home